Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Jumaat, 29 Mei 2009

Kita bertanya..Al-Quran Sudah Menjawab..

Kita bertanya..Al-Quran Sudah Menjawab..
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: ratu_imtihan



JANGAN MENGELUH
....
Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...




KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216



KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286



KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139



KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45



KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111



KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129



KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB
"......
dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 87

Isnin, 25 Mei 2009

Peristiwa-Peristiwa Penting Jamadil Akhir

Pengertian

Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Jamadil Akhir

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

Fadhilat


Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.

sumber : http://www.al-azim.com/masjid/jamadilakhir/home.htm

AKHLAK MALU PELENGKAP KESEMPURNAAN CIPTAAN MANUSIA

Hakikat Diri Seorang Manusia

Allah SWT berfirman di dalam surah at-Tin, ayat 4 – 6:

Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus”

Ayat ini secara jelas menyatakan bahawa manusia itu telah diciptakan Allah SWT dengan sebaik-baik kejadian di mana dikurniakan dengan dua elemen utama iaitu akal yang membezakan manusia dengan haiwan dan nafsu yang membezakannya dengan malaikat. Dengan akal, manusia boleh menguasai dunia, memanfaatkan kejadian Allah untuk kegunaan diri dan membezakan antara yang baik dan yang buruk. Namun, akal juga bersifat terbatas dan memerlukan bimbingan dan panduan daripada al-Quran dan al-Hadis. Nafsu pula jika gagal dikawal, ia boleh menghancurkan manusia dan menjerumuskannya ke tahap haiwan yang paling hina dan rendah martabatnya.

Status manusia yang tidak mengendahkan panduan dan bimbingan daripada al-Quran dan al-hadis ini juga telah disebut oleh Allah SWT melalui firmanNya di dalam surah al-A’raf, ayat 179:

Maksud:
“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Sifat Malu Sebagai Pelengkap Penciptaan Manusia

Elemen akal dan nafsu yang dimiliki oleh manusia adalah mempengaruhi sifat, perangai, tingkah laku dan tindakan manusia itu sendiri. Justeru, prestasi baik seorang muslim hanya dapat dikekalkan dengan iman dan amal soleh yang bertindak sebagai pengawal kepada kedua-dua elemen tersebut. Salah satu cabang iman yang penting sebagai pengawal kepada sifat dan perangai manusia ini ialah sifat malu sebagaimana hadis Rasulullah SAW iaitu:

الحياء شعبة من الايمان
Ertinya:
“Malu itu sebahagian daripada iman”.

Terhakisnya sifat malu pada diri seorang muslim pula ialah tanda kepada kepincangan iman.


Sedarkah kita bahawa segala keburukan, penyelewengan dan keruntuhan nilai moral yang berlaku hari ini ialah akibat daripada terhakisnya sifat malu. Apabila hilang sifat malu, manusia akan berasa seronok apabila melakukan perbuatan yang tidak patut dilakukan sekalipun ramai yang mengetahuinya, bahkan sehingga melanggar kesopanan dan larangan agama atau lebih dikenali dengan istilah ‘maksiat’. Lebih malang lagi apabila kaum wanita yang telah dianugerahkan Allah SWT secara fitrahnya dengan rasa malu yang lebih dominan berbanding lelaki turut mendominasi perlakuan maksiat ini.

Lihat juga apa yang berlaku di sekeliling kita di mana masyarakat Islam hari ini seolah-olah telah kembali ke zaman jahiliyyah. Anak-anak muda menjadi liar, kurang ajar, berlaku pergaulan bebas, berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang, minum arak, berzina, sumbang mahram dan lain-lain perlakuan jenayah sehinggalah kepada jenayah yang melibatkan nyawa. Sudah semakin hilang nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi tuntutan agama dan budaya setempat. Aktiviti jenayah dan maksiat juga berlaku tanpa mengenal tempat termasuk di tempat terbuka atau awam. Lebih teruk lagi pelakunya juga tidak mengenal usia termasuklah orang-orang tua dan juga kanak-kanak. Melihat keadaan ini, maka benarlah firman Allah seperti yang dinyatakan bahawa status manusia boleh mencapai darjah setaraf haiwan kerana boleh berlaku secara berleluasa, tanpa rasa segan dan rasa malu, malah ada yang bangga melakukannya.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa bermuhasabah diri dengan menilai tahap akhlak malu yang ada pada kita, anak-anak kita dan juga mereka yang hampir dengan kita. Di sampping itu, suburkanlah kembali sifat malu di dalam diri dan juga orang-orang di bawah tanggungjawab kita kerana setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab kepemimpinan kepada diri sendiri, anak-anak, ahli keluarga dan juga masyarakat seluruhnya. Adalah lebih utama untuk sifat malu ini dipupuk pada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contohnya, didiklah anak- anak supaya menutup aurat sejak kecil. Amat sedih kiranya anak-anak dibiarkan berpakaian menjolok mata dan mengghairahkan yang kononnya mengikut trend semasa tanpa sebarang teguran sedangkan ibu bapa pula tahu hukum hakamnya, lebih-lebih lagi kepada anak-anak perempuan. Pupuklah sifat malu demi untuk menjaga hubungan dengan Allah iaitu malu untuk melakukan apa yang dilarang oleh Allah SWT dan juga untuk menjaga hubungan sesama manusia iaitu bersifat malu kerana menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam pergaulan. Rasulullah SAW juga pernah bersabda:

ان مما ادرك الناس من كلام النبوة الاءولى اذا لم تستح فصنع ما شئت

Ertinya:
“Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai (hingga kini) ialah: Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu”.
Riwayat al-Bukhari

Hadis di atas lebih berbentuk sindiran yang menjurus kepada ancaman kerana tanpa sifat malu, dunia yang diwarisi akan kucar kacir dan tidak teratur.

Justeru, akhlak malu yang menjadi tuntutan dalam Islam ini adalah pelengkap kepada kesempurnaan ciptaan manusia . Ia menjadi benteng kukuh untuk mengelak diri daripada melakukan kerosakan, dosa dan maksiat kepada Allah SWT dan juga kepada manusia. Manusia akan sentiasa hidup dalam kebaikan selagi mana rasa malunya masih terpelihara. Orang yang memiliki rasa malu akan rasa menyesal apabila melakukan perkara yang ditegah. Ini menunjukkan hatinya hidup, batinnya suci dan bersih. Abu Hatim juga pernah berkata:

Bila manusia terbiasa dengan sifat malu, maka pada dirinya terdapat faktor-faktor yang mendorong kepada kebaikan. Sebaliknya orang yang tidak tahu malu dan terbiasa berbicara kotor, maka pada dirinya tidak akan ada faktor yang mendorong kepada kebaikan, yang ada hanya kejahatan”.

Islam menuntut kita untuk berakhlak dengan sifat malu dalam perkara yang berkaitan dengan melakukan maksiat atau melanggar perintah Allah SWT, malu untuk tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT dan juga malu kerana menjaga kesopanan dan kesusilaan dalam pergaulan sesama kita. Namun begitu, sebahagian umat Islam hari ini ada yang menyalahgunakan sifat malu atau salah faham tentang tuntutan untuk bersifat malu sehingga ada yang menjadi “malu tidak bertempat”. Pepatah ada menyatakan bahawa ‘malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan’. Sifat malu yang tidak bertempat ini sepatutnya tidak ada pada diri seorang muslim iaitu seperti malu dalam melakukan atau menyeru kepada kebaikan dan juga dalam mencegah kemungkaran. Ingatlah bahawa meredhakan orang lain berbuat dosa sedangkan kita berkemampuan untuk mencegahnya adalah juga berdosa.. Begitu juga tidak patut ada rasa malu dalam usaha menuntut ilmu yang bermanfaat sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah walaupun mungkin kita telah berusia. Sifat malu sepatutnya menjadi pendorong, bukan sebagai penghalang dalam melaksanakan amalan terpuji yang boleh membawa kepada kebaikan hidup di dunia dan di akhirat

Sekiranya umat Islam dapat memahami dan meletakkan keutamaan keperluan sifat malu pada tempat yang sepatutnya, sudah tentu kita akan setiasa berada di dalam kebaikan dan jauh daripada kemudharatan . Lebih-lebih lagi jika kita dapat memupuk sifat malu ini sejak kecil lagi, maka akhlak malu ini akan sentiasa dihayati dalam kehidupan dan maksiat tidak akan ada lagi di dalam agenda seharian. Semoga akan mulialah kita di sisi agama dan di sisi Allah SWT.

Jumaat, 22 Mei 2009

Kesan Zikir Terhadap Otak



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. 

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. 

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti
Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. 





Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. 

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah 
Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. 

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. 

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. 

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



*Entry asal di http://www.halaqah.net 

Khamis, 21 Mei 2009

15 Pintu Syaitan




15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beris! tigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan

- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Sumber ILI.COM

Adakah Kita Dibenarkan Menyakiti Non-Muslim?




Haram kita menyakiti orang kafir (Kafir Zimmi) iaitu orang kafir yang duduk dalam negara yang diperintah oleh orang Islam dan Mereka yang mengikat perjanjian setia dengan kaum muslimin untuk selama-lamanya. Malahan Islam melindungi hak-hak mereka. Islam menyuruh kita berbuat baik kepada mereka, sepertimana firman Allah:

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu dalam agama dan tidak mengusir kamu dari kampung-kampungmu sebab Allah senang kepada orang-orang yang adil. Allah hanya melarang kamu bersahabat dengan orang-orang yang memerangi kamu dalam agama dan mengusir kamu dari kampung-kampungmu dan saling bantu-membantu untuk mengusir kamu; barangsiapa bersahabat dengan mereka, maka mereka itu adalah orang-orang zalim." (al-Mumtahinah: 8-9)

Rasulullah melarang kita menyakiti Kafir Zimmi spertimana yang dikatakan oleh baginda:

"Barangsiapa berlaku zalim kepada seorang kafir 'ahdi, atau mengurangi haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang tidak baik, maka saya adalah pembelanya nanti di hari kiamat." (Riwayat Abu Daud)

"Barangsiapa mengganggu seorang kafir dzimmi, maka sungguh ia mengganggu saya, dan barangsiapa mengganggu saya, maka sungguh ia mengganggu Allah." (Riwayat Thabarani) 

[Tokoh] The great Muslim warrior :Salahuddin Al-Ayyubi




Salahudin - Penakluk Jerusalem

Alhamdullilah..semalam diri ini berkesempatan menghabiskan sebuah novel sejarah Islam yang bertajuk Salahudin - Penakluk Jerusalem karya Abdul Latip Talip.  Buku itu yang menceritaka sejarah diri Pahlawan Islam terbilang Salahudin Al-Ayubi sejak dari kecil sehingga beliau menakluk Jerusalem.

Beliau yang dididik dengan ilmu agama dan peperangan sejak dari kecil lagi oleh bapanya dan bapa saudaranya. Kemudian beliau diarah berkhidmat di Mesir sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.

Semenjak tu beliau tidak lagi berminat pada dunia tetapi pada jihad dan menegakkan kalimah Allah serta berniat membebaskan Baitul Maqdis. Dengan kebijaksaan dan keberanian beliau menguasai sedikit demi sedikit kawasan di sekitar Batul Maqdis. Beliau menggunakan teknik peperangan yang Baginda Rasulullah pernah amalkan. Beliau juga turut mengalami perbagai rintangan dan cubaan dalam berjihad.

Bila mana diri ini membaca cerita beliau terasa betapa besarnya pengorbanan yang pernah beliau dan umat Islam terdahulu dalam menakluk Jerusalem. Ketika tentera salib menakluk jerusalem, semua penduduk Islam dibunuh dan wanita diperkosa serta dibunuh. Berbeza dengan penaklukan tentera Islam ketika memasuki Jerusalem, setitik darah pun tidak tertumpah ke tanah.

Nabi Muhamad berkata, "Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya." - Muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai dan Ibn Majah

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Sumber: www.zulluvislam.blogspot.com